barang-barang terpakai

insyaAllah, akhir bulan 8 ni saya akan mengosongkan rumah. jadi kepada sesiapa yang nak atau tahu sesiapa yang perlukan barang-barang rumah silalah beritahu.
antara barang yang ada adalah :
  • peti ais 2 pintu(saiz biasa) - ¥4000
  • mesin basuh - ¥4000
  • rak buku (hitam/coklat) - free
  • rak sudut - free
  • tv dan meja tv - ¥3000
  • kotatsu - free
  • hikidashi
  • gas konro - ¥3000
  • boiler 2 liter - ¥1500
  • boiler 1 liter - free
tak berapa ingat barang2 yang lain. insyaAllah akan diupdate. barang-barang hanya akan dihantar pada 29/30hb ogos. sesiapa yang nak sila la msg saya atau emailkan pada saya ye.
yoroshiku onegaishimasu...
                            

ini cerita kita

bila diri terasa lemah atau tak bersemangat suka sangat baca blog ini cerita kita. masyaAllah. walaupun penulis-penulisnya masih muda tapi ternyata semangat mereka sangat kuat. ada yang jauh lebih muda dari diri ini. kadang-kadang terasa malu dengan diri ini yang masih selalu leka.
Subhanallah. Maha Suci Allah yang memberi ilmu pengetahuan. Allah memilih siapa sahaja yang dikehendakiNya. ternyata kita tak perlu berasa segan untuk menuntut ilmu walaupun dari orang yang lebih muda. kerana ilmu itu milik Allah.
Allahu Akhbar. apa yang telah aku buat dalam hidup ini? walaupun sudah faham matlamat tetapi kadang-kadang masih terlalai dan leka oleh dunia yang sementara ini. semoga diri ini dapat belajar dari adik-adik yang penuh semangat itu. semoga semangat mereka terus meningkat dan tidak luntur. semoga diri ini dapat bersama-sama berjuang dan bersemangat bersama mereka.

teruskan usaha....

Assalamualaikum...
ramai kawan-kawan yang kata aku ni kuat. aku rasa aku takde la kuat tapi bila fikir mungkin ada la jugak kot. sbbnya aku selalu berfikir apa akan jadi kesan aku buat sesuatu tu. bukannya aku tak pernah lemah, bukannya tak pernah nak give up. tapi kalau aku give up then apa hasilnya? apa yg aku akan dapat lepas tu?
Allah dah kata yang Dia tidak akan mengubah kaumnya sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. dan Allah dah bagi pun formula macam mana nak berjaya; usaha, doa dan tawakkal. siapa yang berusaha dia la yang akan berjaya. itu sunnatullah. kalau tak berjaya tu mungkin kita ada silap di mana-mana. sebab tu kalau tgk sekarang ni siapa yang pandai, siapa yang berjaya. walaupun mereka tak beriman tapi Allah bagi juga kejayaan di dunia sebab mereka usaha. orang islam ni usaha tak sekuat mana, doa pun kadang-kadang yang lebihnya tawakkal aje(samala dgn org yang menaip ni.huhu). pastu bila tak berjaya salahkan Allah, kenapala tak nak bantu aku.
tapi umat islam sendiri sangat malas nak usaha. dan menjadikan perkataan malas tu sahabat sejati. aku nak cuba buang perkataan malas tu dalam kamus hidup aku. aku akan cuba utk tidak menggunakan perkataan malas. aku akan cuba gantikan dengan tak semangat ke tak kuat ke tak rajin ke. tak tau la ada effect ke tak tapi perkataan malas tu dah mmg imej yg sangat negatif, baik aku buangkannya. aku kadang2 suka juga nasihatkan orang tapi bila orang tu sendiri tak take any action, lama2 dah macam...hmm...suka ati la. dah dia tak nak tolong diri sendiri buat apa kita nak sibuk2. sedangkan Allah dah perintah kita supaya berusaha. samala macam kalau kita sakit tapi tak nak pegi jumpa doktor. pastu bila dah sakit tenat baru nak pegi jumpa doktor. itupun bila doktor kata makan ubat dan datang sebulan sekali utk check, tak buat juga. makan ubat bila suka, pegi jumpa doktor bila suka. last2 bila dah nak mati salahkan doktor kenapa la tak nak selamatkan aku. orang-orang sekeliling yang tgk dan tak tau apa2 pula akan kata, "kesian dia tu. kenapa la doktor pakar tu tak nak usaha juga cuba selamatkan dia." masa tu dah tak guna kalau nak menyesal pun. sebab kita yang salah. Allah tak zalim sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri.
dulu bila aku tau aku kena repeat, mula2 down juga. tapi sebab semua orang kata jouhou susah, dan mmg ramai yang ryuunen pun. jadi aku ada rasa anshin sket la. tapi bila dah tau kena repat satu setengah tahun, masa tu baru rasa macam tension sangat-sangat, dah tak nak belajar dah la. nak balik. dah usaha pun tak lepas jugak. macam2 pikir. tapi lepas tu pikir balik, kalau aku balik tak abis belajar lepas tu apa? aku kena start belajar from 0 balik bila balik mesia. adakah aku akan terus bersemangat utk belajar?sedangkan masa tu pilihan ada berbanding dengan orang yang takde pilihan lain. ayah aku sanggup membantu. semudah tu ke aku nak habiskan duit rakyat? akhirnya aku terus tetap di sini. Alhamdulillah, aku tak menyesal kena repeat sebab aku dapat nikmat yang paling besar dalam hidup aku iaitu memahami islam yang sebenar. bukan sekadar pada nama, bukan sekadar hafalan.
tapi lepas tu mmg aku usaha sungguh2 dan aku sendiri dapat rasa betapa bezanya usaha aku selama ni. rupanya aku belum cukup berusaha. mungkin tahap usaha aku tu belum mencapai yang Allah redha. Alhamdulillah dah dapat masuk 4nensei dan sekarang tgh busy nak kena siapkan ronbun. nak kena hantar lagi 3 minggu. pastu mula la nak kelam-kabut sekarang ni. jumaat ni nak kena hantar kat sensei utk check. banyak lagi yg aku tak siap.
ada orang cakap kat aku, biasalah tu masa2 ni la mmg sampai tak tidur. kalau tak tidur pun lagi sikit je lagi. ganbatte. ohh, rupanya aku masih lalai. usaha aku masih sedikit. pegi lab pun sekejap je pastu nak bising2 asyik tak paham. sedangkan aku tak luangkan masa yang banyak pun utk cuba memahamkannya. dan Allah terus sentiasa mengingatkan aku. manusia ni mudah lupa. bila org bagi semangat mula la semangat kejap pastu down balik. tapi sampai bila nak harapkan orang.
kadang2 bila rasa lemah atau futur(lemah iman) terus rasa, oh aku tgh futur. tapi tak berusaha pun utk mengatasinya. sebab tu agaknya Allah turunkan pelbagai peringatan utk aku supaya tak lalai. Alhamdulillah. mmg itu pun doa aku selalu. supaya Allah sentiasa ingatkan aku bila lalai. Allah tak penah bosan mengingatkan. tak macam kita. sekali dua bagi semangat atau nasihat pada kawan2 lepas tu kalau degil juga..hmm..lantak ko la. huhu.
aku dah berjanji pada diri nak usaha sungguh-sungguh tapi masih lagi terlupa. minggu ni dah nak kena hantar ronbun pada sensei, baru nak gelabah. nak cakap apa lagi, mmg padan muka sendiri je la. ari tu ada juga terfikir macam mana kalau tak lepas. camna kalau tak sotsugyou... tapi bila pikir balik kalau aku asyik terus down pun apa yang aku dapat. ronbun tetap tak siap. baikla aku cuba siapkan. tapi kalau usaha aku yang masih macam ni nak harap utk sotsugyou dengan hanya doa dan tawakkal...memang susah la. ari ni janji nak datang awal ke lab tapi datang lambat juga. ari ni nak cuba pulang lewat sebagai denda sbb datang lambat. biar sampai pecah kepala duduk dalam lab ni. insyaAllah aku akan cuba teruskan usaha. yes, i can. semoga usahaku mendapat redha Allah.
p/s - cuba memberi semangat pada diri sendiri yang tgh pening kepala kat lab. huhu. mahu pulang.... tak mahu tinggal di jepun lebih lama. kalau boleh duduk sini goyang kaki je best jugak tapinya.
updated
akhirnya tak berjaya mencapai target nak stay kat lab sampai kul 10 sebab dah rasa sangat sakit kepala dan nak termuntah. walaupun setelah menelan sebiji panadol. before pegi lab pun mmg dah sakit kepala, sekarang pun sakit lagi. tapi dah tak rasa nak termuntah dah. yosh, ashita mou ichidou ganbarou...

kata-kata indah

kisah 1
A : aku datang sini untuk belajar. sponsor dah bagi amanah, aku tak boleh nak sibuk-sibuk buat benda lain.
B : ooo..ye ke. tapi kau turun ke bumi ni atas amanah siapa?
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(2:30)
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)
siapa yang lebih hebat? orang yang sponsor ke Allah?
Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. (51:57~58)
kisah 2
duit kita, bukan duit kita;
masa kita, bukan masa kita;
even nyawa kita pun bukan kita yang punya.
jadi tak perlu la nak kedekut duit dan masa untuk benda-benda baik. tapi melebih-lebihkan masa untuk memuaskan al-hawa(hati sendiri).
p/s - malas nak ulas panjang-panjang. sape yang faham, fahamlah. sape nak tau lebih lanjut jumpa personal ye. saya syarah banyak-banyak. :)

langkah pertama

perjalanan masih jauh
aku ingin menuju ke arahMu
setelah penat dibuai dan dimanja
setelah aku mula merangkak
akhirnya kini aku akan memulakan langkah pertama
penuh debaran
penuh kesangsian
penuh kerisauan
mampukah aku?
layakkah aku?
bersediakah aku?
cuba memberanikan diri
aku akan tetap mencuba
aku baru mahu cuba melangkah
jangan diharapkan aku boleh terus berlari
aku masih memerlukan sokongan dan bantuan
sahabat-sahabatku tercinta
sudah di manapun kalian
kuharap kau menoleh ke belakang
sekali sekala memberikan bantuan dan sokongan
jangan ditinggalkan diri ini sendirian
harap langkah pertama ini aku tidak terjatuh
tapi mungkin ditengah jalan aku akan terjatuh
semoga dengan sokongan yang ada aku mampu berdiri kembali
dan terus berjalan walau dengan bertatih
walau dengan seribu bantuan
Ya Allah,
iringilah aku dalam perjalananku
aku hanya mengharapkan petunjuk dariMu
p/s - apa yang aku mengarut ni? nak kata puisi tak best pun. nak kata...hmm...apa ye. aku ni memang tak berbakat la dalam ayat2 indah ni. sekadar cuba meluahkan apa yang bermain di minda. biarlah takde orang paham pun. yang penting aku paham. huhuhu

seminar kerjaya

semalam, dalam keletihan yang masih belum berakhir terpaksa membawa diri ke seminar kerjaya. pergi melawat beberapa tempat. pergi melawat beberapa company. tahun ni setiap company penerangannya agak panjang sampai hampir tertidur dek kerana keletihan yang masih menguasai diri.
mendengar penerangan dan pertanyaan beberapa company aku jadi risau. kebanyakan company mahu pekerja yang sebolehnya hidup untuk bekerja. bekerja sampai lewat malam dan juga hujung minggu. tapi itu bukan matlamat hidupku.  hidupku bukan untuk bekerja. kerja hanyalah sebahagian kecil dalam hidupku. ada sesuatu yang lebih besar yang mahu aku capai.
kalaulah bekerja itu bukan salah satu perintah Allah rasanya biarlah aku tak bekerja. kalau bekerja menyebabkan aku jauh dari-Nya biarlah aku tidak bekerja. kerana rezeki itu sememangnya dari Allah. walaupun belum mendapat mana-mana keputusan dari mana-mana syarikat tapi aku risau. adakah semuanya begitu? aku tak mahu memberikan masa yang banyak hanya untuk bekerja. aku tak mahu menjadi robot yang tidak berguna pada tuannya.
Ah, bingung sekali. Ya Allah, walau apa pun ujian dan dugaanMu padaku, janganlah Kau jauhkan aku daripadaMu. aku tak perlukan gaji yang banyak, atau kerja yang hebat. bukan bermaksud aku tak perlukan duit tapi rezeki itukan milik Allah. kalaupun duit banyak tapi Allah dah kata itu bukan rezeki kita, kita akan sentiasa hidup dalam ketidak cukupan. tapi kalaupun duit kita sikit tapi Allah dah berikan rezeki, kita akan sentiasa hidup dalam kecukupan. 
walau apa pun ketentuanMu dalam hidupku, janganlah Kau jauhkan aku daripadaMu sebaliknya dekatkanlah aku dengan diriMu, Ya Allah. aku tak mampu tanpa nikmat dan kurniaanMu.

Subhanallah

Subhanallah...aku yang kerdil, yang banyak buat dosa ni, masih Allah nak bagi nikmat yang banyak kepadaku. Masih Allah nak bantu aku. masih Allah permudahkan jalanku. Ya Allah, besarnya kasih sayang-Mu, besarnya nikmat-Mu.
Bila terfikirkan kasih sayang Allah dan nikmat Allah, kadang-kadang rasa kasihan dengan mereka yang tidak dapat merasainya. bukan tak tau banyak nikmat Allah dah beri tapi masih lagi tidak dapat merasakan kasih sayang Allah. Alhamdulillah, kini aku dapat merasainya. walaupun seketika yang lalu aku cuba lari dari kenyataan, cuba lari dari apa yang aku mula rasai. Alhamdulillah, Allah tidak meninggalkanku. walaupun bukan sekali aku cuba melawan-Mu.
bukan niatku cuba melawan kuasa-Mu. aku tahu aku hanya insan kerdil. yang tak mampu menggerakkan jari-jemariku, tidak mampu bernafas sekalipun tanpa bantuan-Mu. Kadang-kadang aku terasa hilang tapi Kau masih mengingatkan-Ku. Betapa besarnya kasih sayang-Mu, Ya Allah. kalau dikumpulkan semua kasih sayang yang ada di muka bumi ini, masih belum layak untuk menandingi kasih sayang-Mu.
Bukan sekali aku cuba melarikan diri, bukan sekali aku cuba menghilangkan diri. orang kata, mereka yang ditarik nyawanya kerana Allah lebih sayangkan dia. betul, mungkin kalau dia hidup dia akan lebih banyak melakukan dosa. maka Allah tarik nyawanya. tapi tak bermaksud kita yang masih hidup ni Allah tak sayang. Allah masih memberi kita peluang kembali pada-Nya, Allah masih memberi kita peluang mengumpul seribu pahala. tak sayang lagikah itu?
Ada orang kata Islam itu berat. banyak peraturan. tapi Allah yang mencipta kita tentu tahu apa yang terbaik untuk kita. ada orang kata, kalau tak nak dengar cakap Pencipta carilah alam lain. carilah alam bukan ciptaan Allah atau ciptalah alam sendiri. ada ke kuasa lain yang boleh melawan kuasa Allah? dah kita ni hamba, kenala berlagak sebagai hamba. takkan nak berlagak sebagai tuan pula kan.
teringat kisah seorang sahabat ni. tak ingat la pulak namanya. mak dia mogok, tak nak makan sebab dia masuk Islam. mak dia sanggup mati selagi anaknya tak kuar Islam. tapi anaknya menjawab, kalau mak ada 10(10 ke 100 ek?) nyawa pun dan ia ditarik satu-satu, saya tetap akan berpegang pada tali Allah. (kalau siapa ingat kisah yang lengkapnya sila betulkan ye.) Subhanallah. mampu ke aku jadi macam tu? aku rasa kasih sayang Allah tapi sejauh mana aku mampu membalas kasih sayang itu dengan mempertahankan Islamku.....

orang Islam

menjadi orang islam bukan benda yang ringan. mengucap je dua kalimah syahadah, pelbagai tanggungjawab tergantung di bahu. tugas khalifah dan ibadah, hanya orang yang merasai kemanisan islam yang mampu membuatnya dengan ringan dan gembira. aku sendiri masih belum dapat merasai sepenuhnya. masih terasa ia satu tanggungjawab yang berat tapi wajib dilakukan.
menjadi orang islam apalagi untuk menjadi mukminin dan mukminat cara berkomunikasi, cara berpakaian dan benda2 lain yang kecik2 pun perlu diberi perhatian. perlu diambil berat. biar dengan diri kita sendiri orang boleh nampak betapa indahnya islam itu sendiri. bukan sekadar cakap tak serupa bikin.
sebab itu aku merasakan menjadi seorang islam adalah sesuatu yang berat. tapi Allah dah menjanjikan kesudahan yang paling indah. hadiah yang paling menarik. takkan la tak nak pulak. mestila aku nak. hehehe. masih banyak yang aku perlu belajar. masih banyak yang perlu aku ubah dalam diri aku. semoga aku termasuk golongan orang-orang yang beriman. semoga Rasullah redha dan mengaku aku sebagai umatnya.

Open house

hari ni ada open house kat dai. bukan open house raya tau. ni mobile communication punya open house. ada buat happyou dari lab2 dan juga company2 berkenaan. aku mmg dah tau aku takde kena-mengena dengan benda ni. tetiba semlm dapat email semua orang kena pakai suit. aduh...aku dah la takde suit. ari ni pakai suar slack dengan baju biasa je. sib baik jaket hitam aku ada nampak cam formal sket. takleh buka jaket la jawabnya. suar kelabu jaket hitam. huhuhu. pastu suruh berkumpul kat lab 8.30.
punya la malas nak bangun pagi tadi tapi berusaha jugak. nanti kang semua orang ada aku sorang je yang takde plak. ni skrg ni dah 9.11 semua orang busy ke sana ke mari. aku sorang2 melanguk depan com ni. kalau tak perlu datang cakap la awal2. lagi best aku tido kat umah. cakap la sape yg terlibat je yg dtg. yg lain optional. bosan betul la... rupanya kul 11 baru start. pagi ni nak buat persediaan je.
huhuhu. niat aku nak bertukar blog ni menjadi blog yang ilmiah akhirnya terpesong kembali. sekarang ni diri sendiri tgh tak berapa nak stabil. nanti bila dah stabil aku cuba ubah kembali blog ni ye.
hmm...balik je la. boleh ke ha? dah bersemangat bangun awal-awal. siap try suar pagi tadi takut tak muat. huhuhu. sib baik ada suar slack yang muat lagi. wajib diet ni. (konon je). hmm...lepas abis open house aku balik la. ke balik je b4 tu. balik skrg? dah la ujan pagi2 ni. sib baik angin tak kuar cam ari tu. apa benda yang aku dok bebel2 ni.huh...ni la jadinya bila duduk dalam lab yang semua orang busy ke sana ke mari dan aku tak buat pape.
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

dou shiyou...

hmm...lately ni slalu rasa macam nak makan macam2. bila tgk tv je rasa cam macam2 nak masak. tapi bila dah masak takde selera lak nak makan. hmm...masalah betul la. ada sape nak makankan tak.. rasa cam byk je benda yg aku beli dalam peti ais tu. bila masak makan sket je. adoi..membazir betul la..
lepas ni dah takleh beli pape dah. nanti tak makan pun. huhuhu.
tetiba rasa nak jumpa mak plak. mak...nak balik bleh tak? hmm...lagi sket je lagi kena ganbatte kan. mak meh datang sini la. teman hanis. huhuhu...